Di ManaKan KuCari Ganti
Hendak kunangisTiada berair mataHendak kusenyumTiada siapa nak temanKalaulah nasibSudah tersuratBegini hebatApa nak buatDi mana kan kucari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah - hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hati membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan kucari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama - selama-lamanya
Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan EnamJahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan...
Pelakon
P. Ramlee ... Tantari
Noor Azizah ... Masmera&MastikaYusof Latiff ... DamburiOsman Md. Amin ... ParagasJB Yusoff ... SujamangAhmad Dadida ... KarambitKamal Idris ... KatipangSharif Baboo ... MumbalaIbrahim Sabtu ... JagindasIdris Hashim ... SanggabuanaMinah Hashim ... Isteri SanggabuanaYusuff Bujang ...Karim Latiff ...Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
Channel: Film
Uploaded: August 25, 2008 at 11:27 am
Author: alan12cu
Length: 00:04:01
Rating:
Views: 516
Tags: Enam Alan12cu Karambit Ledang Sujamang Zainol Abidin Sani Mumbala P.Ramlee Paragas Capt_Suneo Jagindas Damburi Katipang Tantari Guru Gunung Kematian Pak Jahanam Kedah Tekpi
Video Comments:
No Comment
-
Navigation:
Home -
Search:
-
Categories: